"aku dengar diorang gaduh semalam". lantas persepsi yang timbul, "mungkin si A salah sebab si A kan memang macam tu perangainya" atau "asyik-asyik gaduh, memang perangai diorang macam tu kan?" atau bla bla bla (whatever lah).
tapi bila difikirkan, semua itu timbul kerana kita tidak mengenali empunya diri, kerana kita tidak mengetahui cerita sebenar bahkan mungkin kerana kita cemburu dengan sesuatu atau seseorang itu. ya kan?
cuba imbau kembali saat-saat kamu tidak mengenali seseorang yang kini menjadi sahabat baikmu, atau seseorang yang dulu pernah menjadi sahabatmu. tanggapan kamu terhadapnya kini sudah berbeza bukan?
jika dulu,
dia tu nampak sombong lah
dia tu belagak je lebih
dia tu baik lah
dia tu jujur
bla bla bla
tapi kini,
dia baik sebenarnya
dia memang perangai macam tu
dia tu sebenarnya penipu
dia tu penikam
bla bla bla
*****
semua ini mengingatkan aku kepada saat-saat dulu. saat aku tidak mengenali kamu. bukan aku berprasangka, cuma meneka. meneka siapa dirimu. benarkah sukar didekati? benarkah kamu sombong seperti gayanya penampilan dirimu? benarkah kamu sentiasa gembira? benarkah kamu ini boleh dipercayai? benarkah kamu ini sebaik yang kamu katakan? benarkah bla bla bla....
walau siapa dirimu, tidak akan pernah betul sepenuhnya apa yang aku fikirkan. kerana kamu lebih mengenali dirimu. tetapi semua itu mengajarkan aku tentang erti hidup dan mematangkan diri dalam mengenali orang lain. hakikatnya, perbezaan kita membuatkan kita lebih mesra. kerana caramu dan caraku lebih mewarnakan hidup kita semua.
LINGUISTIK ~ FOREVER
p/s: agak-agak classmates aku anggap aku ini sombong ke dulu ye? haha. sebab ramai yang cakap macam tu.
2 comments:
dulu..sy takut nk bercakp ngan awk..awk lain sgt..mmg nmpak smbong tp xtau mcm mane satu ketika sy merubah persepsi awl sy..awk ok sbnrnya..nampak smbong sbb kite xknl satu sama lain..tp skrg ni kalo ade sesapa yg tyer kat sy awk ni orgnya smbong ke sy akn terus jwab 'TIDAK'..sy doakan awk bahagia n berjaya slalu yer kinah..my little sis!jgn nakal2..!
cik kelip @ cik majie..
itu ungkapan biasa sy dgr. haha.
Post a Comment