"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Thursday, March 31, 2011

end of march...

hari ini merupakan hari terakhir aku pergi ke kuliah.
hari terakhir kelas untuk aku sebagai prasiswazah. itupun sebab ada kuiz bahasa cina.

sedar tak sedar, hampir tiga tahun bertapa di perbukitan ukm ini.
pelbagai rasa bertamu di jiwa.
suka, kerna tidak lagi dibelenggu masalah assignments, quiz n test.
gembira, kerna bakal melangkah ke alam siswazah @ pekerjaan pula nanti.
sedih, kerna terpaksa berpisah dengan semua.
sayu, kerna mengenangkan semua ini takkan terulang lagi.

adat pertemuan, bertemu dan berpisah...
namun yang pasti, ada sesuatu yang membuatkan aku bersetuju ketika mendengar radio sebentar tadi.
sandarkan pada kenangan....

meski lagu ini berkisarkan kepada yang bercinta,
namun bagiku sesuai juga buat kita semua.
kerana cinta itu tidak semestinya antara lelaki dan perempuan.
justeru, saya tujukan lagu ini buat yang membaca post ini....
apa pun yang terjadi, kita imbau kembali kenangan manis kita,
kita bergelak ketawa bersama,
tempuhi suka dan duka...
sandarkanlah pada kenangan....(^_^)

Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu

Oh...
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasih mu sayang
Siapalah aku

Sayang menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakannya
Mengapa mesti ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan

0 comments:

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...