"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Monday, March 28, 2011

firework!

cuba tekan kat cik google, ape cik google akan translate kan firework tu?

klu BM = kembang api (suppose to be bunga api kan??). aku pn xtau la mcm mna blh jd kembang api. hahaha.

adei... 2 bkn ctenye. ade 2 cte psl firework ni.

1st, smlm aku dilanda demam. (dilanda ke diserang eh? sejak2 wat syntax ni, leksikal pn macam dh x tratur). alkisahnya apabila dilanda demam, dengan tak laratnya...hajat di hati nak tido la. cube je nak lelap, perbukitan highlanders plak duk melalak! adoi... xpe, sabar lagi... nak lelap je lagi, dum! dum! bunga api meletup di luar. cess...sape la yang berdaulat sangat duk kacau ketenangan malam orang-orang ni. ade jugak menyumpah sket2. haha...sebab x tahan dowh! last2 krn effect ubat dan izin Allah, ketiduran jugak aku akhirnya...

2nd, ni psl lagu katy perry. firework. (p/s: sy bukan peminat katy perry ye!)
lagu ni 1st time aku dengar adik aku duk nyanyi. ape punye lgu la budak ni nyanyi (1st time ckp ble dgr dia nyanyi). then, ade beberapa kali aku dengar kat radio.
pastu aku go through liriknya mlalui cik google. well, menghayati sekejap maksud lagu ini.

then, you're a firework!

padaku lagu ini bermaksud...(bukan ingin menganalisis dari segi stilistik ye. yang tu bagi kat che wan. ;p)

apabila terasa diri tidak diperlukan,
apabila terasa diri tidak dihiraukan,
kita hanya perlu mencetuskan sesuatu, perlu menonjolkan kekuatan diri kita
kerana kita adalah seperti bunga api,
yang nampaknya tidak berguna dan tidak menarik
tetapi apabila meletus, kitalah yang tercantik.
kita lebih baik dari orang lain kalau kita sebenarnya mengetahui.
even brighter than the moon.
makanya, tonjolkanlah kelebihan kita untuk
mengelakkan kita rasa down.
jangan rasa seperti kita ini tidak berguna
kerana kita adalah kita, tidak boleh diganti
after a hurricane, comes a rainbow.

dan lagu ini juga mengingatkan aku kepada kata-kata,

"kadang-kadang Allah hilangkan mentari. Allah datangkan hujan dan ribut. kita menangis mencari matahari kita. rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah..."

"apabila sebuah pintu tertutup untuk kita, janganlah kita terus menunggu di hadapan pintu itu. kerana masih ada banyak pintu-pintu lain yang terbuka untuk kita. pandanglah ke arah pintu-pintu itu.."

so, you're a firework! :)

1 comments:

Earell Arel said...

i like katy pery+firework! hehe...

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...