hidup ini tidak selalunya indah. itu kata orang, dan kata orang itu kita dengar, kita fahamkan dan kadang-kadang kita mengakuinya.
ya, hidup ini tidak selalunya indah. perlu kita tempuhi liku-liku duka untuk terus mengecapi kebahagiaan.
namun yang indah itu juga tidak semestinya baik untuk kita bukan? kerana kadang-kadang yang indah itu sakit. meski darahnya tidak kelihatan.
kita inginkan kejayaan, cikgu suruh kita siapkan kerja rumah dan buat macam-macam kerja dan juga kena hadapi macam-macam peperiksaan. sejak dari tadika, hinggalah ke zaman universiti. kita mahukan berjaya, tapi kita perlu lalui yang tidak indah bukan? siapa yang benar-benar menikmati semua homework, assignments, tests, n those things? :) mungkin ada, tetapi tidak ramai.
kita inginkan kebahagiaan, tapi Allah temukan kita dengan bermacam-macam orang. kadang-kadang si dia sangat perfect, hingga kita pula yang rasa kurangnya. kadang-kadang si dia hanya bermulut manis, mudah berubah hati dan macam-macam lagi. semua itu kita rasai...untuk kita dapat yang terbaik. tidak kira kekasih atau teman akrab. hati siapa yang tidak sakit dan luka mengingatkan semua itu? mungkin ada...jika kamu benar-benar seorang yang berlapang dada.
kita inginkan kekayaan...tetapi kekayaan takkan bergolek datang ke kaki. perlu kita cari, perlu kita rebut. bekerja sehingga tubuh terasa amat penat, otak tidak lagi mampu berfikir dan hanya kerehatan diingini saat itu. semua itu...perlu kita rasai untuk kita jadi kaya.
kita inginkan kebahagiaan di akhirat sana, tetapi inilah yang paling susah untuk dilakukan...kenapa? kerana kita terpaksa mengekang nafsu untuk berpakaian seksi, untuk makan minum semua yang haram tetapi nampak sedap, untuk segalanya...yang perlukan kekuatan iman. kesusahan yang terpaksa dilalui...kerana dunia adalah neraka bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.
whatever it is...to have a good and beautiful life, we cannot just ignore those which are cause pain to ourselves. indeed, take it as a challenge, learn from it. sebab kejayaan dan hidup yang lebih indah itu lebih bermakna bila kita merasai asam-garam kehidupan. dan mungkin juga, suatu hari nanti kisah itu kisah yang akan membuatkan kita tersenyum dan kita merasa bangga untuk bercerita tentangnya...kerana kita mampu melaluinya.
"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."
[Al-Maidah : 7]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nun di sana...
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar esok kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana Tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibar kalau mahu sedar
Di sana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk ke sana
Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatillah Dia minta ampun pada-Nya
Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia
Nun di sana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal...
0 comments:
Post a Comment