rasakan diri seolah-olah sangat lemah dan sangat tidak berkelebihan seperti insan lain?
ataupun terasa orang lain sangat-sangat banyak kebaikan dan kelebihannya sehinggakan diri terasa down?
well....
situasi tu akan dirasai apabila...
mula memasuki persekitaran baru (tak kesahlah masuk u ke, kerja baru ke, ape ke...)
sedang menunggu giliran untuk temuduga (tak kesahlah temuduga kerja ke, scholarship ke, jd menantu ke...haha)
diri sedang tertekan (tak kesahlah masalah apa, study ke, family ke, whatever la...)
bagi aku, personally...
cara nak atasi perasaan ini adalah dengan memandang kekuatan yang kamu ada dan manfaatkannya. gunakan kekuatan kamu untuk membuatkan orang lain nampak lemah.
pandang apa sahaja kelebihan yang kamu ada, contohnya kamu lagi CANTIK, lagi BIJAK, lagi TINGGI, lagi PANDAI, pemenang apa-apa pertandingan, lagi SOPAN, lagi PEMBERSIH dan segalanya lah untuk jadikan ianya sebagai kekuatan kamu. perlu katakan pada dirimu sendiri,
"aku lebih (kekuatan sendiri) daripada diorang. maka aku lagi baik daripada diorang dan aku pasti boleh melakukan yang lebih baik daripada diorang".
percaya atau tidak, kuasa minda kamu yang positif akan menjadikan dirimu lebih berkeyakinan. :)
TETAPI, jangan pula terlalu mendongak ke langit hingga lupakan bumi yang kamu pijak. maksudnya jangan pula kamu memandang kelebihan yang ada pada kamu sahaja dan menjadi seorang yang ego. jangan pula terlalu memandang kelebihan diri sendiri sehinggakan kelebihan orang lain kamu lupakan.
makanya, berpadalah dalam membina kekuatan diri sendiri, jangan terlebih hingga menjadi seorang yang ego pula. tanamkan keyakinan bahawa jika kamu lebih baik, kamu perlu buktikannya! (^_^)
2 comments:
terasa diri seorang insan yang hina lagi dina apatah lagi bila berada di khalayak yg bukan pada taraf yg sama..
bangunkan keyakinan anda dan berusaha untuk menyamakan taraf dengan mereka.
but, in my own opinion, klu sntiasa memandang kepada taraf duniawi, smpai ble pn x hbis. :)
"setiap orang Allah ciptakan dengan keunikan dan kelebihan sendiri. hanya perlu mencarinya dan menggunakannya dengan baik."
Post a Comment