berbicara tentang lakonan pula, pernah tak kita rasa kadang-kadang orang di sekeliling seolah-olah berlakon? berlakon sebagai seorang yang baik, pendiam, gedik, dan pelbagai lagi? hingga kadang-kadang kita merasakan tidak tahu mahu percaya kepada siapa. seolah-olah segala yang kita luahkan pada orang akan kita dengar kembali, dan tidaklah seperti versi kita. sudah diedit, ditokok tambah, ditambah gaya, untuk menjadikannya cerita yang penuh sensasi dan cerita yang penuh kontroversi. itu lakonan orang yang membuatkan kita sukar untuk percayai orang lain pula. padahal, kadang-kadang yang menyampaikan itu tidak bersalah. sekadar dia mahukan jawapan, sekadar dia mahukan kebenaran. tetapi apabila lakonan bermula, segalanya nampak pura-pura, segalanya nampak seperti betul dan itulah sketsa dunia. sketsa pelakon yang tidak memerlukan pentas rasmi, tidak memerlukan skrip yang panjang berjela, tidak memerlukan set pengembaraan yang hebat...kerana lakonan itu sudah hebat. lakonan itu sudah cukup untuk
itu kisah tentang lakonan.
sedar atau tidak, lakonan yang tidak rasmi ini sebenarnya berpunca daripada lidah dan bibir. kadang-kala terlalu asyik menambah perasa pada gosip, khabar lain mula tersebar. itulah kesudahan cerita yang sekadar hanya untuk menyedapkan hati yang berbicara.
cuba pandang diri kita,
Allah jadikan satu mulut, sepasang mata dan sepasang telinga. maknanya kita perlu lebihkan mendengar dan melihat berbanding berbicara. kadang-kadang ucapan yang kita anggap gurauan, boleh menjadi satu perkara yang amat berat di akhirat sana. kadang-kadang sengaja kita mengejek seseorang dengan harapan orang lain akan bergelak ketawa mendengarnya tetapi itulah yang akan menjatuhkan kita di sana kelak. nauzubillah.
bicara yang terluah dan kedengaran, umpama duri-duri tajam yang menusuk hati. seakan-akan diri ini terlalu jahat dihadapan mereka. dan itu sangat menyakitkan. mereka bercerita seolah-olah mereka mengerti dan mengetahui yang sebenar. sedang wayang itu seperti bawang putih dan bawang merah. seorang berlagak baik, menindas yang sedia tertindas.
bukalah hati, jauhkan dari prasangka dan cemburu. kerana semua itu menyuburkan buah-buah fitnah, yang akhirnya membusukkan diri sendiri juga.
p/s: terlalu banyak cerita pula yang kedengaran apabila kita memilih untuk mendiamkan diri. hingga akhirnya kita perlu menilai sendiri siapa yang benar dan siapa yang salah. namun ternyata, masa itu membuktikan segalanya....
0 comments:
Post a Comment