"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Saturday, April 16, 2011

amazing bookstores...

tadi saje2 jalan2 di alam maya. then aku jumpa link kepada 9 buah kedai-kedai buku yang menarik di seluruh dunia.

Pertama, Selexyz Bookstore di Maastricht, Holland
Kedai buku ini merupakan sebahagian daripada Selexys dan mempunyai koleksi buku-buku dalam bahasa Inggeris yang terbesar di Maastricht. Buku-buku ini disimpan di tempat yang tidak seperti kebiasaannya iaitu di gereja lama Dominician.



Kedua, Livraria Lello di Porto, Portugal
Kedai buku ini wujud sejak tahun 1881. Dengan menegaskan bahawa kedai-kedai buku mampu dibina secantik bangunan-bangunan lain, kedai buku ini mempunyai konsep tangga ke syurga dan mempunyai binaan panel-panel kayu yang kompleks dan menarik serta mampu dilihat dengan pandangan 360 darjah.



Ketiga, El Ateneo di Buenos Aires, Argentina
Terletak di 1860 Sante Fe avenue di Barrio, Norte. Bangunan ini pada mulanya adalah dewan teater dan ditukar kepada panggung wayang pada hujung 1920-an. Bangunan ini kemudiannya diubahsuai menjadi kedai buku dan muzik. Tempat duduk pawagam tersebut dibuang dan digantikan dengan rak buku. Lebih dari sejuta orang masuk ke kedai ini setiap tahun.



Keempat, Poplar Kid’s Republic di Beijing
Kedai ini direka oleh SAKO Architects untuk menambahkan warna-warna dalam kehidupan kanak-kanak. Rak buku yang berbentuk naik jatuh dan melengkung menjadi binaan arkitek yang menarik untuk mereka bermain. Lingkaran bulat pula menjadi rak buku, tetingkap dan tempat untuk membaca. Rekaan ini bertujuan untuk mencipta suasana yang akan mendorong kanak-kanak untuk tinggal dan melekakan diri bersama buku-buku.



Kelima, Cafebreria El Péndulo di Mexico City, Mexico
Kedai buku ini adalah merupakan gabungan bar, café dan juga kedai buku yang memiliki keluasan terbuka yang mempunyai beberapa batang pokok. Keadaan ini menambahkan minat untuk terus membaca buku-buku di situ.



Keenam, Shakespeare and Co di Paris
Merupakan sebuah kedai buku yang terletak di 5th Arrondissement di Paris’s Left Bank. Ditubuhkan pada tahun 1919 oleh Slyvia Beach. Berfungsi sebagai kedai buku dan perpustakaan yang khusus dalam sastera bahasa Inggeris.



Ketujuh, The Strand di New York City, USA
Terkenal di New York kerana mempunyai koleksi buku-buku yang banyak seperti lebihan penerbit-penerbit, buku terpakai, buku yang jarang ditemui, buku yang sudah tidak diterbitkan dan pelbagai lagi. Slogan bagi kedai ini ialah “18 Miles of Books”. Kini kedai ini mempunyai 200 orang pekerja dan lebih daripada 2.5 juta segala jenis buku.



Kelapan, Gould's Book Arcade di Sydney, Australia
Bob Gould’s, pemilik kedai buku ini telah menjadi penjual buku sejak tahun 1967. Kedai ini mempunyai sekitar 300 000 buah buku dan rakaman-rakaman (vinil) dll di kawasan umum kedai dan sekitar 650 000 buah buku dalam simpanan stor dan 70 000 buah buku atas talian.



Kesembilan, Hay-on-Wye di Wales
Hay-on-Wye dikenali di seluruh dunia sebagai Kota Buku. Mempunyai lebih daripada tiga puluh kedai buku di bandar dan terkenal sebagai pusat buku-buku terpakai dan antik.



p/s: mahu pergi ke salah sebuah kedai-kedai buku ini...(^_^)

2 comments:

samudera thinker said...

nak pegi maastrich n porto.......

zigaki asrar said...

pegi yg last skali tu... hay-On-Wye...

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...