"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Monday, April 11, 2011

exam mode~

hujan yang turun, menyejukkan suhu bumi sekitar UKM. terasa kesejukan hingga ke tulang. ah, aku yang kurus tiada lemak atau hujan yang begitu menyejukkan? pastinya hujan yang terlalu menyejukkan.



petang-petang begini, dengan beberapa peristiwa yang berlaku terhadapku kebelakangan ini, membuatkan aku teringat lagu in-team, bicara kata. juga teringat pepatah Melayu,

"terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..."

aku ini orangnya lebih gemar menulis daripada bercakap. lebih gemar berSMS drpd menelefon. nampak aku ini pendiam tapi tidak dalam kalangan yang aku rapat. boleh aku berbual hingga sakit tekak. tetapi beberapa kisah yang berlaku melibatkan tulisan. kepada beberapa orang yang aku tersinggung dengan tulisan mereka, juga kepada beberapa orang yang aku tak sengaja menyinggung dengan tulisan aku.

tulisan itu hadirnya tanpa nada dan riak. pastinya mengundang padah kalau tersilap ditafsirkan. contohnya,

"Mak Abu ke kedai"
"Mak Abu ke kedai"

kalau yang pertama, situasinya mungkin ada seseorang atau Abu sendiri yang memberitahu Mak bahawa Abu ke kedai. sedang kalau yang kedua, situasinya adalah Mak Abu yang pergi ke kedai. bukankah tulisan tanpa nada ini menyebabkan berlakunya salah faham? berbeza dengan lafaz kata yang melibatkan intonasi dan nada.

mujurlah aku ini orangnya 'pelupa'. terlupa pada kesalahan orang padaku dan terlupa kesalahanku pada orang (yang parah sikit ni). kalau bertanyakan kepadaku tentang sesuatu, perlu aku recall dan berfikir sejenak untuk mengimbau kembali. dan mungkin cik Armilla lebih mengenaliku tentang ini. keadaan ini mungkin juga kerana aku forgive and forget. tiada yang rugi dalam memaafkan. nampaknya situasi ini memberi kebaikan padaku tetapi tidaklah aku mahu kalau aku melakukan kesalahan pada orang dan aku melupakannya sahaja. kata orang, seseorang yang mudah marah, akan mudah melupakan kesalahan orang manakala seseorang yang tidak mudah marah, akan menjadi seorang yang pemendam rasa tentang kesalahan orang terhadapnya.

justeru, sempena peperiksaanku yang hampir menjelma beberapa hari lagi, izinkan aku memohon maaf di atas segala bicara, segala tingkah laku yang sengaja atau tidak sengaja aku lakukan. maaf di atas segalanya...





p/s: kemaafan itu bukan sekadar ketika musim peperiksaan atau ketika hari raya tetapi setiap hari, selamanya. (^_^)

2 comments:

Nick said...

Good luck :)

hisyam ahmad said...

bittaufiq wannajah,

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...