J'ai beaucoup de mots à vous dire,
mais j'espère que ces mots simples peuvent apporter le sourire à votre cœur,
"nous ne savons pas et proches les uns des autres très bien, mais nous avons tous lessouvenirs de garder notre amitié durera jusqu'à la fin du temps"
kamu faham apa yang aku cuba nyatakan?
kalau kamu tekan google translate dan cuba terjemahkan, mungkin maksudku yang sebenar tidak akan kamu fahami.
sukarkan untuk menterjemah perasaan dan isi hati melalui rangkai kata?
juga sukar untuk meneka apa yang ada di dalam hati.
kerana hati itu peti simpanan rahsia buat individu itu sendiri.
apa yang terluah, tidak semestinya sama di dalam hati,
apa yang dibicara, mungkin tidak sampai makna sepenuhnya seperti di dalam hati.
itulah hati.
hati kamu, kamu yang tahu.
hati aku, aku yang tahu.
hakikatnya Allah jua yang Maha Mengetahui segalanya..
walaupun beribu perkataan cuba ditulis dan dilafaz untuk menterjemah isi hati, pastinya tidak sama dengan apa yang ada di dalam hati.
juga walaupun lafaznya begitu fasih, mungkin tidak seperti di dalam hati.
diluahnya rasa sayang, tetapi sebenarnya benci.
diluahnya rasa benci, tetapi sebenarnya sayang.
walau sejuta kata ingin aku lafazkan, untuk menghargai semua yang di sekeliling, tidak akan pernah sama dengan penghargaan jauh di dalam hati.
terima kasih buat semua.
terima kasih di atas kenangan-kenangan kita sama ada yang pahit ataupun manis.
terima kasih buat senyuman anda yang telah membuatkan saya turut tersenyum.
terima kasih buat jelingan mata anda yang membuatkan saya tersedar.
terima kasih kerana sudi berkenalan dengan saya.
terima kasih buat segelas air yang anda belanja.
terima kasih kerana meminjamkan saya pen anda.
terima kasih kerana sama-sama menemani saya ke mana-mana.
terima kasih untuk segalanya....
감사합니다
धन्यवाद
merci
ありがとう
谢谢
p/s: bertemu dan berpisah adat pertemuan. yang masih kekal adalah kenangan. (^_^)
"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."
[Al-Maidah : 7]
Monday, April 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nun di sana...
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar esok kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana Tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibar kalau mahu sedar
Di sana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk ke sana
Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatillah Dia minta ampun pada-Nya
Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia
Nun di sana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal...
2 comments:
mmg susah nk terjenah rasa sayang..tp sgt mudah utk menterjemah rasa benci..yg penting..keikhlasan hati itu sendiri..sbb kite mgkin bleh tipu org sekeliling tp bukan diri sendiri..bila diungkap..org xpercaya dgn keikhlasan kite..bila berdiam..org xtau ape yg kite rase..
???
Post a Comment