"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Wednesday, April 6, 2011

interview ~

5 April 2011, hari kerjaya fssk.
bermula jam 8.30 pagi hingga 4.15 petang. (if I not mistaken la...)
sebenarnya, secara jujurnya, program ini agak membosankan bagiku berikutan di PPBL pn dah ada prog sebegini.
kami jadi keliru dan bosan. pelbagai maklumat yang pelbagai versi didapati cthnya dalam penulisan resume.
ergh. x tension mane. haha.

ok, alkisahnya...sebelum balik, si Wong adalah bacakan senarai nama orang-orang yang telah disenarai pendek (shortlist) utk mengikuti temuduga. so, nama aku tersenarai dalam MARA. (bila masa pulak aku singgah kat booth MARA??)
so, dengan slumbernya aku pegi jelah. without any preparation, juz myself, my beg and my botol air. haha
i'm the first candidate and ALONE.(sebab datang awal sgt).

then interview berjalan. secara kebetulannya, MARA sedang mencari guru bahasa. and aku nampak seperti sesuai dan sekali lagi, utk kesekian kali, "LINGUISTIK ITU BI KE BM?"
maka aku pun jawab, "maaf, biar saya terangkan serba sedikit tentang course saya sebab memang ramai tak tahu tentang linguistik...." aku terangkanlah panjang lebar.

interview berjalan dengan baik. tanya ttg myself, profesion perguruan, sikap aku, situasi yg direka dan pelbagai lagi.

situasi yang direka untuk aku selesaikan dan berikan sebab kenapa.

"awak kahwin dan tinggal bersama mak mertua. dalam sebuah banglo yang besar. mak mertua awak sakit dan teringin nak makan ikan jenahak masam manis. masa tengah memasak, anak yang umur 6 bulan menangis, husband pulak balik awal tiba2, duk ketuk pintu, mak mertua duk panggil nama awak. apa yang awak akan buat?"

aku jawab dan berikan sebab kenapa.

lepas itu orang tu senyum dan cakap banyak versi jawapan yang dia dengar n slh satunya,
"tutup api, pegi kepada mak mertua dulu. sebab anak ni bunyi menangisnya pelbagai. menangis jatuh, lain. menangis nak dukung, lain. menangis nak susu, lain. pergi kat mak mertua sebab dia sakit kan. if jadi pape, suami awak mesti marah dekat awak. and suami ni kalau awak bukak pintu lambat, mesti dia marah. tapi nak pujuk suami ni dua cara je, satu kat tempat tidur, satu dengan makanan. lepas tolong mak mertua awak, awak masaklah untuk suami."

tu dia...haha. petua utk sape2 yg nak kawen.

but then secara overallnye, 2 orang penemuduga itu berpuas hati dengan jawapanku dan keyakinanku. I try my best then yang lain terserah kepadaNya. ada rezeki, adalah... (^_^)


p/s: kalau nak tahu apa jwpnku, jumpa aku nanti tanyalah. haha.

3 comments:

Nick said...

makanan pon sodap :)

Earell Arel said...

gud luck cik zigaki!

zigaki asrar said...

to nick : oh ya. memang sdap. :)
tpi maaf krn brtnya. siapa anda?
to EA : thank you so much. :)

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...