tajuk entry aku kali ini tentang buku a.k.a novel a.k.a majalah a.k.a apa2 yg bertulis yang boleh dibaca...
aku, tuan punye blog ni, menyukai dan gemar membaca novel-novel bersifat misteri dan bersifat fiksyen.
walaupun berlambak novel-novel bersifat cinta dan romantis sekarang, entah kenapa aku jarang tertarik dengan novel2 sebegitu. bagiku, semuanya sama sahaja. cerita tentang pasangan yang memang meant to be together tetapi perlu lalui aral dan cabaran yang pelbagai dan akhirnya, in the end...mereka tetap bersama.
kalau dibukakan kisah lama, novel pertama yang aku beli adalah novel BICARA HATI karya DAMYA HANNA. pelik bukan? ini kerna novel ini dikatakan sangat bagus oleh teman2ku. makanya aku membeli. dan it's quite interesting tetapi tetap bukan pujaan hatiku. hehe...
seterusnya apabila melangkah ke alam matrikulasi, kakakku yang kedua memperkenalkan novel Dan Brown, Digital Fortress. fuh...aku suka novel ni. misteri dan punyai tarikan sendiri. seterusnya kakak aku perkenalkan pulak Cecelia Ahern. dan novel pertamanya, PS I Love You memang best. cerita romantis fiksyen...
kenapa ya aku lebih tertarik dengan cerita sebegini? kerna bagiku lebih baik aku tahu cerita itu cerita rekaan, bukan cerita khayalan (fairy tales) yang kadang-kala membuatkan orang ingin merasai 'romantis' seperti novel cinta itu...
terkini, novel ini sedang aku baca...
novel Cecelia Ahern yang ke-7.
2nd, Where Rainbows End = cerita persahabatan dan cinta. cerita ini, sebenarnya bagiku agak memboringkan dan honestly, aku tak baca sampai abis. :P. cerita ini berkisarkan tentang dua orang sahabat baik yang menjalani hidup sendiri tetapi akhirnya, mereka sebenarnya ditakdirkan untuk bersama...
3rd, If You Could See Me Now = cerita tentang seorang perempuan yang hidupnya sangat dull and boring. kehadiran 'angel' membuatkan hidupnya ceria. namun, kerana berlainan dunia...mereka tidak mampu bersama selamanya...
4th, A Place Called Here = cerita tentang seorang perempuan yang masuk dalam sebuah tempat, 'Here', yang mana tempat ini dipenuhi dengan orang-orang, haiwan-haiwan dan barang-barang yang hilang. have you wondered where all the missing things go?
5th, Thanks For The Memories = novel ini tidak dibeli tetapi pinjam sahaja dr cik Armilla. pernah tak terfikir andai pemindahan darah yang dilakukan juga melibatkan pemindahan memori?
6th, The Gift = ni jugak tak dibeli. sebab sangat busy dengan study (konon la sangat). tak tahu macam mana ceritanya tetapi berharap dpt beli jugak nanti....:)
7th, The Book of Tomorrow = haha. belum habis lagi....terima kasih kepada yang membelikan novel ini untukku...:)
setiap orang punyai kegemaran masing-masing. mungkin mereka yang sukakan cerita cinta itu bersifat romantis dan lemah lembut orangnya. aku pula...mungkin aku kekal dengan rahsiaku kerana aku
tapi, salah satu novel yang aku baca (yang masih kuingat) adalah novel Salju Sakinah (tiada kena mengena denganku :P) yang mana bagiku novel ini bagus dari segi jalan ceritanya dan aku sukakan watak Sumayyah yang tabah. juga, watak-watak dalam cerita ini tidaklah 100% baik dan sempurna yang juga bagiku relevan dengan sekarang. dan aku dapat tahu, cerita ini adalah cerita benar, cerita tentang sahabat kepada penulis, Zaid Akhtar...
p/s: nak habiskan novel pulak...:)







3 comments:
rajinnyer baca..kagum2!hehe...
ohh..kamu mengingatkan aku kembali...rindu utk 'bernovel' lagi...
p/s: try novel2 'Bronte Family'...it's very nice and of course interesting..!!!
eA : sje mengisi msa trluang...
yumie : oh, iyakah? nnt ada pluang mahu bc juga..:)
Post a Comment