"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Monday, April 18, 2011

Queen of My Heart~8

PART EIGHT

Petang yang damai. Angin bertiup perlahan. Qaisarah masih menunggu di kerusi kayu, di sebuah taman yang mengadap jauh ke arah lebuhraya. Pemandangan malam pasti indah. Dengan lampu-lampu kereta dan jalan yang banyak pelbagai.

“Cikgu...mana cikgu menghilang? Saya contact tak dapat, saya emel tak balas. Maria pun tak nak tolong saya. Hari-hari saya tunggu cikgu depan sekolah tapi tak nampak cikgu pun,” suara itu tiba-tiba menyapa. Nadanya seolah-olah risau. Dia mengambil tempat di sisi Qaisarah.

“Saya sambung belajar,” balasnya sepatah.

“Kat mana? Kenapa tak beritahu saya?”

“Dekat u la, takkan kat kedai runcit kot...”

“Oh...pandai cikgu melawak eh? Kenapa tak beritahu saya pun?”

“Perlu ke?”

“Perlu la..”

“Kenapa?”

“Sebab saya kan sukakan cikgu. So, semua pasal cikgu saya kena tahu..”

“Tapi awak busy kan beberapa bulan ni?”

“Mana cikgu tahu?”

“Maria kan ada...,” Lutfi mengeluh. Geram dengan adiknya. Tapi dia akui dia busy kebelakangan ini.

“Ye, ada projek baru dekat Seremban. Terpaksa ulang-alik, boleh dikatakan setiap hari.”

“Patutlah tak bersungguh cari saya...,”

“Eh, mana ada. Saya busy cikgu, betul. Saya bukan tak bersungguh, saya tak tahu nak cari kat mana.” Lutfi membela diri.

Qaisarah gelak. Seketika kemudian mereka menyepi. Masing-masing memandang ke arah tasik.

“Awak tahu kan saya pernah serahkan hati saya ni dekat orang lain?” Qaisarah menoleh ke arah Lutfi. Lutfi mengangguk.

“Dan walaupun cikgu pernah serahkan hati cikgu tu, tapi cikgu dapat balik kan? Walaupun hati itu bukanlah seperti yang asal, tapi cikgu serahkanlah dekat saya. Saya akan jaga sepenuhnya, hingga cikgu tak rasa kekurangan langsung,” tutur Lutfi ikhlas. Qaisarah tersenyum.

“Mana ada cerita cinta yang begitu sempurna..”

“Memang tak, tapi kalau hampir sempurna, takpe kan?” Lutfi menyoal pula. Dia tersengih. Qaisarah menatapnya. Nampak kebudak-budakan, comel.

“Awak masih sukakan saya?”

“Ye, dari dulu sampai sekarang dan sehingga kini...” jujur dia meluahkan. Qaisarah menghela nafas mendengarnya.

“Awak dah ambil kursus kahwin ke?” soal Qaisarah tiba-tiba.

“Dah...kenapa?” Lutfi pelik dengan soalan itu. Qaisarah berdiri dan mengadapnya.

“Well, saya bukan lagi muda untuk tunggu lama-lama. Nah.” Sekeping kad dihulurkan. Berwarna merah lembut dan berbau wangi. Kad kahwin siapa? Getus hati Lutfi. Dia membukanya perlahan-lahan, gementar.

“Saya bukanlah seorang yang sempurna dan saya tidak mengharapkan kesempurnaan daripada awak. Cumanya, saya punyai sekeping hati untuk diberikan kepada awak. Saya tidak dapat janjikan kebahagiaan dan tiadanya pergaduhan antara kita, tapi saya akan cuba yang terbaik untuk menjadi isteri solehah untuk awak. Adakah awak, Mohamad Lutfi bin Mohamad Ismail, sudi berkahwin dengan saya?” sebentuk cincin dihulurkan kepada Lutfi.

Lutfi menggeleng-geleng kepalanya. Dia tergelak. Dilamar perempuan?

“Of course I do!” jeritnya. Dia mengambil cincin itu dan disarungkan ke jarinya. Dia melompat keriangan. Qaisarah tertawa kecil.

“How come you can be like this? Sepatutnya saya yang propose cikgu, ni tak. Siap dengan kad jemputan pulak. I really love you...,”

“Biasalah...I’m the queen of your heart kan? Dah awak sibuk sangat, terpaksalah saya uruskan dengan Maria. And that’s why dia sangat berahsia dengan awak...”

Lutfi senyum lagi, senyuman yang sangat manis dan menawan.

“No more cikgu, only my lovely wife! Hoyea!!” Lutfi melompat lagi.

“Dah la..malu orang tengok..”

“Biarlah...” balas Lutfi riang. Mereka tertawa.

*****
Kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang ‘salah’ dahulu supaya kita belajar tentang segalanya. Tentang erti keperitan, kemanisan, cinta, benci dan segalanya. Agar yang kedua lebih baik bagi kita. Hakikatnya setiap insan yang kita temui dan kita kenal, hadirnya dalam hidup kita untuk memberi ‘sesuatu’ buat kita. Tidak kiralah ianya kebaikan atau keburukan yang boleh kita jadikannya sebagai sempadan. Sesekali kita perlu melihat ke arah lain, melihat ke arah kebahagiaan yang tercipta untuk kita. Tidak perlu berterusan menunggukan sesuatu yang sudah tertutup untuk kita. Kebahagiaan itu tidaklah dipunyai oleh orang-orang yang mengharapkan sesuatu sebagai balasan, sekadar apabila senyuman itu terukir, itu pun sudah kebahagiaan baginya.

the end~

p/s: kisah cinta di dunia ini tiada yang sempurna barangkali...

0 comments:

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...