Bunga mawar mekar berkembang
Menghiasi ruang di tepi jendela
Ayuh semua selamat datang
Dekat-dekat nenek mahu cerita
Alkisah tersebutlah sebuah kayangan
PPBL diberi nama
Tempat bertapa 29 putera-puteri sekawan
Menuntut ilmu serata dunia
Puteri sulung dalam kalangan
Orangnya pemalu dan kurang bicara
Puteri Jannah Al-Kedahi si gerangan
Sentiasa murah dengan senyuman
Dari kayangan Sarawak mengembara
Niat dihati penuhi ilmu di dada
Puteri kedua kedudukannya
Puteri Adriana Ad-Dayana diberi nama
Kecil-kecil cili padi
Disangka kecil rupanya telah dimiliki
Jika senyum manis sekali
Puteri Zarina Al-Banjari empunya diri
Nenek bercerita pula puteri keempat
Jauh merantau bukan merempat
Bila bercakap punyalah cepat
Puteri Shamsiah Al-Zaabari puteri keempat
Keris Mas dihuni setia
Puteri kelima nenek bicara
Orangnya tenang sahaja
Puteri Umi Al-Kelantani yang nenek kata
Dalam gelap dan kesunyian malam
Kelip-kelip terbang serata
Puteri Mazilah Al-Majie puteri keenam
Mudah senyum melatah mungkin juga
Bermadah berhelah sang pujangga
Mengarang ayat mengalahkan nenek pula
Puteri Yus Al-Ariesya itulah dia
Puteri ketujuh nenek bicara
Sekali pandang nampak solo
Dua kali pandang bukanlah Jelo
Anak seorang tidak mungkin
Puteri Rosmaini Al-Mama si gerangan
Tidak jauh dia bertandang
Negerinya nampak sahaja di pandangan
Puteri kesembilan hanyalah seorang
Puteri Jawahir Al-Jaws itulah bualan
Nenek bercerita lagi tentang si puteri
Puterinya singgah dari serata lokasi
Puteri Ain Al-Johori nama diberi
Senyum sahaja menambah seri
Puteri Zila Al-Imtiyazi nenek hendak cerita
Puteri kesebelas itulah dia
Orangnya kecil molek ramah bicara
Namun jiwanya besar berlapang dada
Berasal dari Johor orangnya
Suka senyum juga tertawa
Kadang-kadang turut berduka
Puteri Syahmira Al-Johori puterinya
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Itulah nasihat nenek buat semua
Janganlah dipandang sekali sahaja
Puteri Mimi Al-Fariza bukan biasa
Satu-satunya cucu Hindustan
Nenek rasa amat berbangga
Puteri Prithini Al-Peraki si gerangan
Puteri keempat belas itulah dia
Cantik sungguh laut yang biru
Tenang dan damai di hati
Puteri Anjang As-Saiyidah si pemalu
Seorang putera telah menetap di hati
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Orangnya naïf bukan pemalu
Puteri Azlini Al-Kelantani si gerangan
Penyu singgah di Rantau Abang
Setelah penat berenang di lautan
Puteri Che Al-Wani yang seorang
Loghat Terengganu melekat dalam bualan
Aduhai mana si cucu semua
Cucu nenek hendak kahwin putera raja
Putera Sharir Al-Arel itulah dia
Putera tunggal banyak celotehnya
Nenek terlupa si puteri ini
Kerana diam tersangatlah juga
Itulah Puteri Rosmaida Al-Kajai
Khuatir terguris perasaan, kurang bicaranya
Puteri ini puteri dari Kajai
Juga teman rapat puteri kesembilan belas
Puteri Che Ku Al-Sharifah empunya diri
Diam-diam bersifat kasihan belas
Ini puteri nenek yang seterusnya
Dari Johor puteri datang
Puteri Basitah Al-Johorian adalah dia
Sukalah memasak puteri yang ini seorang
Petang-petang sang camar terbang
Terbang merantau ke hulu
Puteri Elia Al-Aalia tidaklah garang
Cubalah kenal baru tahu
Puteri Hang Li Po datang ke Melaka
Termasyhur sejarah serata Malaya
Puteri Yoke Luan dari Melaka
Bukan keturunan Hang Li Po itu ya
Kuala Kangsar singgahsana terkini
Tempat menetap puteri ini
Puteri Norli As-Sofea nama diberi
Bila bercakap sukarlah dia berhenti
Hijau dedaun penuhi taman
Rama-rama terbang menghiasi pemandangan
Puteri ini datangnya dari Kelantan
Puteri Elly Al-Zalina itulah gerangan
Dialah herbivor bukan karnivor
Puteri nenek comel orangnya
Dia puteri datangnya dari Johor
Puteri Harn Ni khabarkan kepada semua
Dari utara ke Shah Alam
Singgah di Bangi menuntut ilmu
Puteri Munyati Al-Berry nampaklah pendiam
Jangan disangka kalau belum tahu
Inilah Puteri Armilla Al-Pekani
Puteri nenek yang entah ke berapa
Tahi lalat menaikkan seri
Tetap teguh terus bertapa
Inilah puteri bongsu dalam kalangan
Jangan meneka dari luaran
Puteri Sakinah Al-Asrari si gerangan
Jugalah nenek yang berselokaan
Nenek nenek si bongkok tiga
Nenek mencari cucu di mana ada
Nenek hanya berseloka mengisi masa
Harap tiada yang terluka menyimpan rasa (^_^)
p/s: aku paling bongsu tapi kenapa aku nenek???
3 comments:
sy puteri keenam..name glemer>.cik kelip!hehe..
saya puteri ke 27..tapi nek..bila sy singgah shah alam dlu nek bru smpi bangi...pandai nenek teka kan...apa2 pon cayunk nenek...
i like it soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooomuch!!!!!! thank you!!! =) huhuhuhu...
nenek bukan sebarang nenek
nenek bongsu 29 beradik
perhatiannya tajam pandangannya celik
sungguh tinggi daya intelek!
Post a Comment