"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Tuesday, April 26, 2011

life goes on...

sudah beberapa hari pulang ke rumah. rutin harian sama seperti dahulu, sewaktu pulang cuti semester. kemas rumah, jaga anak sedara dll. penat memang la, kalau anak sedara aku tu buat hal. haha. well, wateva it is...home sweet home. iya kan? kerna di rumahlah kita menjadi kita yang sebenarnya...

sedar tak sedar...jarak mula wujud antara kita. dahulu kita sering bersama, kini kita dipisahkan jauh. semuanya demi impian, demi cita-cita, demi tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. pastinya suatu hari nanti semua ini akan kurindui. jauh daripada teman-teman yang sering bersama.

jarak tidak salah, bahkan jarak itu menerbitkan rindu yang akan mengeratkan kita lagi.
tetapi kalau kerinduan itu yang tiada, hilanglah juga kasihnya.
kalau kerinduan ada, tetapi usahanya tiada, keinginannya tiada, terputus juga sebuah ikatan.

kamu jauh dari aku, aku jauh dari kamu.
aku rindui dan aku hubungi kamu.
kita berhubungan.
sampai suatu masa,
aku tidak berpeluang menghubungimu.
dan kamu tidak berusaha menghubungiku.
kita sama-sama rindu,
tetapi kita tidak berkesempatan berbual-bual.
kita jauh dan semakin jauh,
bila berjumpa...kita jadi asing.
jangan pernah ini berlaku antara kita.

p/s: mengakui agak mudah melupakan orang apabila jarang berhubungan...

0 comments:

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...