"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Wednesday, April 20, 2011

tidak seperti dulu

esok, aku bakal menghadapi kertas peperiksaan terakhir.
terakhir untuk aku di UKM, terakhir untuk aku sebagai prasiswazah...insyaAllah.
setelah tiga tahun di UKM, terasa berat mahu meninggalkan perbukitan ilmu ini.
tiga tahun belajar tentang erti kehidupan, jauh dari keluarga.
belajar berdikari dan menuntut ilmu.
itulah tugas seorang pelajar. hakikatnya sepanjang hidup ini kita adalah pelajar.
bila di sini, aku belajar lagi tentang erti kepercayaan, tentang erti kepura-puraan dan juga tentang erti kejujuran, keikhlasan hati rakan-rakan.
ya, entry kali ini aku tumpukan kepada rakan-rakan. tidak kiralah rakan sekuliah, sekelas, sepersatuan, atau lain-lain.
kerana bagiku yang paling besar dan banyak aku pelajari di sini adalah tentang orang-orang di sekeliling.

jujur kuakui, aku mudah percayakan orang. walau pertama kali berjumpa, aku agak mudah percaya.
tetapi aku bukanlah naif, aku cuma mahu percayakan orang kerana aku yakin dengan membuat begitu, orang pun akan percaya padaku.
tapi, kerana sesuatu, kita yang dahulu bersama, tidak mungkin menjadi seperti dahulu.
kerana ketidakpercayaan yang ada pada kamu terhadapku, dan juga kerana kelemahan aku yang begitu besar padamu, membuatkan aku sedar aku ini siapa.
bukan niat mahu terluka, tetapi aku juga punyai perasaan.
kalau orang bertanya tentang masa lepas itu, sekadar aku senyum.
yang boleh aku bicarakan ialah, "tidak mungkin kembali seperti dahulu lagi".
jujur, aku memaafkan setiap kesalahan orang padaku kerana bagiku aku tidak berhak menghukum orang. cumanya, kalau perasaan itu yang dilukai, maka kita tidak mungkin seperti dahulu lagi.
belajar tentang erti ketabahan di saat kamu terus melukakan aku. sehingga aku menjauh dan menjauh.
aku menjauh bukan kerana aku bersalah tetapi kerana aku tidak mahu memandang wajahmu lagi.
aku menjauh kerana aku sedar, kamu hanya berpura-pura di depanku.
aku menjauh kerana aku tahu, aku tidak sesempurna kamu.
aku tidak berbicara denganmu, kerana aku khuatir setiap bicaraku akan kamu sampaikan dalam pelbagai versi kepada orang lain.
aku menjauh dan menjauh.
tidak pernah aku berdendam. sudah lama aku maafkan.
pernah terlintas, mahu seperti dahulu bersama kamu. tetapi,

"We can never turn back the pages of time, though we may wish to relive a happy moment, or say goodbye just one last time, we never can, because the sands of time continue to fall, and we can't turn the hourglass over."

walau apa orang bicara tentangku, aku adalah aku. dan aku bukan kamu.



p/s: tidak pernah melupakan teman yang rapat denganku...(^_^)

2 comments:

Earell Arel said...

sapa agaknyer yg 'xmungkin kembai bersama tu'?? kwn? rumet? exbf? hehe...

zigaki asrar said...

biarpun sesape orgnye, x mungkin spt dlu. hahahahaha.

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...