ingatlah

"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

thanks for the memories...

kalau boleh kukenang, ingin kuimbau kembali saat kami bersama di sana. sama-sama bergembira tanpa ada perasaan hasad. di suatu tempat itu, ketika kami sama-sama berkursus. ruang tarian yang dijadikan bilik kursus. kita berpecah dua, tiga di sana dan tiga di sini. sama-sama memakai jubah dan berjalan di ruang yang menyambungkan dua bangunan. seakan-akan berada di zaman puteri kisah dongeng. cinderella yang kehilangan kasutnya dan dijumpai oleh seseorang yang gagap. dan kita tertawa kerana kisah itu. juga terkenang saat aku disuruh menjadi pembuka majlis. ah, begitu sulit dan gementar untuk berhadapan dengan semua yang memandang. juga di saat sang jejaka saling tersenyum sesama sendiri bila dibicarakan kisah lengan menjadi bantal isteri. di situ kita sama-sama memerhati dan tergelak dengan gelagat mereka. itu kisah kami, di sana.

juga ingin kuimbau kenangan lalu. ketika bersama-sama berjalan menuju ke dewan kuliah. sepanjang perjalanan, ada sahaja cerita yang menggelikan hati, tidak ketinggalan gosip-gosip hangat. bersama-sama membeli chocolate ball, untuk bekalan ke dewan kuliah nanti. tersenyum juga ketika bersama-sama mengeluh dan membebel menyiapkan tugasan. ketika membetulkan bahagian rakan peguam yang tulisannya tunggang-langgang. dan kisah itu, di suatu tempat. bersama-sama memikul barangan ke destinasi, bertanyakan pemandu bas, si mak cik yang rajin ke pondok, dan juga di pasar pagi. itu kisah kami, bertahun kami mengukirnya.

kini, kisah apa yang bakal kulakarkan? ingin sekali kuganti kenangan lama dengan yang baru. agar tidak terusan aku menoleh ke belakang, hanya sekadar untuk mengukir senyuman. apakah mungkin kerana kini aku sukar tersenyum penuh bahagia? menyendiri lagi...di saat kuinginkan senyuman. kenangan apa yang mungkin aku catatkan dalam diari hidupku kini. mungkin juga kerana ilhamku hilang, tidak mampu ku coret kisah cinta bahagia. gundah di hati, runsing di fikiran, tidak mungkin memberi ruang untukku mencatat kenangan indah. bilakah lagi akan tiba masanya. pergilah diriku yang lalu, tiada ruang lagi untukmu kini.

Thursday, June 16, 2011

tentang aku

My Photo
setiap orang punyai rahsia..

sejarah tinta

Lilypie Angel and Memorial tickers

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...