sudah lama rasanya tak menjenguk alam maya. fb, blog, emel...sudah lama tidak dibuka. kesibukan dan kepenatan menjadi asbab tidak menjenguknya.
perkembangan terbaru hidupku:
- masih menjalani praktikal di UPP, JPN - 2 minggu lagi nak habis and lepas tu kena prepare report pulak
- baru ni antar akak aku yang ke-4 kat umah husband dia kat klang, kira majlis sebelah lelaki la
- my youngest sister dpt tesl uitm n now at kuantan, hostel padang lalang
- result exam alhamdulillah ok. meningkat n maintain.. (^_^)
- dapat call daripada sumone yang aku hormati n got offer frm him. insyaAllah ada rezeki, aku terima
- missing cik Armilla Ismail, bru 2 hri lepas mimpikan dia
- supervisor dah datang 1st june lepas, alhamdulillah semua ok. kebetulan got timb dekan as supervisor.
- n..dat's all.
"hidup ini sentiasa penuh dengan kesibukan, kerana kita punyai komitmen terhadap insan lain seperti keluarga, rakan-rakan, guru, dsbnya, juga kerana kita ini hambaNya yang sentiasa perlu mentaatiNya. tapi bila difikir-fikirkan, kesibukan dan kekeliruan tentang masa hadapan semuanya akan menyebabkan kita menjadi risau tentang esok dan masa depan itu. segalanya adalah rahsia Dia dan hanya Dia yang Maha Mengetahui. yang terbaik boleh kita lakukan adalah, lakukan yang terbaik pada hari ini kerana esok kita tidak tahu bagaimana. berbeza dengan sifir akhirat, jika kita berbuat baik dan mentaati Allah SWT, maka insyaAllah balasannya adalah keredhaan Dia. namun begitu, jangan terlalu angkuh dengan kebaikan dan pahala yang kita lakukan. kerana setiap kebaikan itu tidak akan menambah kuasa Allah walau sedikitpun dan keburukan itu tidak juga mengurangkan kuasa Allah walau sedikit jua. segala-galanya hanya kerana rahmatNya..."
0 comments:
Post a Comment