kekuasaan Allah itu amat luas, amat besar dan amat tinggi. bahkan kekuasaan Allah itu menjangkau pemikiran dan tindak tanduk manusia. hakikatnya, Laa ilahailallah Muhammadur Rasulullah. dengan kalimah ini baginda SAW diutuskan dan baginda menyeru seluruh umat manusia kepada kalimah ini juga. hakikat kalimah ini adalah kita meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa Allah berkuasa, mahkluk langsung tiada kuasa. perkara ini yang perlu kita semaikan dan pupuk dalam hati kita.
seringkali orang mengatakan kalau seseorang demam, "makanlah ubat, nanti sembuhlah"
atau kalau mahu ke mana-mana, "sori lah tak dapat pergi, sebab tayar motor aku pancit"
bahkan juga, "tengoklah sape yang masak, confirmlah sedap"
dan lain-lain situasi. kalau diteliti, ucapan-ucapan sebegitu hanyalah biasa sahaja. tetapi kalau diambil berat, sudah dimasukkan kebesaran mahkluk dalam perkara sebegitu. hakikatnya yang menyembuhkan, menyampaikan seseorang kepada tujuannya, menjadikan masakan sedap adalah Allah SWT. perkara inilah yang sepatutnya ada dalam hati seseorang mukmin. apa salahnya kalau disebutkan, "dengan izin Allah, masakan aku ini sedap", "dengan izin Allah, aku dapat sampai ke tempat yang aku tujui", bahkan sekarang ini aku juga sedang membiasakan diriku, "ubat ini tidak dapat menyembuhkan, yang hanya dapat menyembuhkan hanyalah Allah" tatkala aku mengambil sebarang ubat. (lantaran kesihatan diri yang agak menurun kebelakangan ini).
kuasa Allah itu kadangkala menyalahi apa yang azalinya. cuba diteliti kembali sejarah Nabi Ibrahim a.s yang mana ketika dibakar, api itu menyejukkan, bukan memanaskan baginda. inilah kuasa Allah yang menyalahi azali api itu iaitu menyejukkan.
kalimah Laa ilahailallah ini pada suatu zaman akan menjadi kalimah asing yang tidak diketahui oleh umat manusia. dikatakan mereka mengucapkan kalimah ini kerana pernah mendengar kalimah ini diucapkan oleh nenek moyang mereka.
kalimah ini juga adalah kalimah ikhlas yang mana kalau diinginkan agar sifat ikhlas itu wujud dalam setiap amalan yang dilakukan, bacalah kalimah ini sebanyak-banyaknya. kalimah ini kalau disebutkan dengan ikhlas, akan memberatkan neraca amalan kebaikan. kita tidak tahu nilai kalimah ini yang pernah disebutkan oleh seseorang hamba Allah dengan ikhlas, yang mana kalau di dunia ini ternyata buruknya, mungkin di akhirat nanti amalannya ini akan lebih daripada amalan kita.
justeru, janganlah kita terus menerus mengutuk seseorang yang ternyata jahilnya dan keburukannya, bahkan dakwah dan doalah kepadanya. disebutkan suatu kisah mengenai dua orang, seorang yang banyak amalnya dan seorang lagi banyak membuat maksiat. si abid menasihatkan si pendosa agar meninggalkan segala maksiat dan kejahatannya, tetapi dijawab oleh si pendosa, "tinggalkan masalah aku kepada Tuhanku", si abid kemudian membalas, "demi Allah, kamu tidak akan masuk syurga!". apabila tiba di alam akhirat, si pendosa dimasukkan ke dalam syugra kerana sering mengharapkan keampunan Allah walaupun dia banyak berdosa. si abid pula diazab berikutan sumpahnya itu. sesungguhnya, kita tidak tahu amalan seseorang itu yang mana akan diterima oleh Allah SWT yang akan menyebabkan Allah redha kepadaNya. bukanlah di sini bermaksud tidak perlu menentang keburukan dan kemaksiatan, bahkan kerana amr bil makruf dan nahi anil mungkar inilah umat Muhammad SAW dimuliakan berbanding umat terdahulu. cumanya, berdakwahlah dan teruslah berdoa. kita tidak berhak menghukum seseorang.
"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."
[Al-Maidah : 7]
Wednesday, July 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nun di sana...
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar esok kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana Tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibar kalau mahu sedar
Di sana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk ke sana
Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatillah Dia minta ampun pada-Nya
Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia
Nun di sana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal...
0 comments:
Post a Comment