"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Thursday, July 21, 2011

kanak-kanak

hari ini, rasa mahu bercerita tentang kanak-kanak ribena... (^_^)

Tasneem Alwany, anak sedaraku yang sulung. sekarang ni umur dia 9 tahun. maksud nama dia, air terjun dalam syurga yang berwarna-warni. family kitorang panggil dia kakak @ anim. tapi bila mak aku panggil dia kakak, dia keliru. sebabnya aku jugak mak aku panggil kakak. so kiranya kalau mak aku panggil kakak, dia akan tanya kakak yang mana. hehe.. orangnya baik hati dan sangat la lurus macam nenek dia yang sebelah sana. kecik-kecik dah pandai tolong umi dia kat dapur and dia suke tolong aku buat kek...

tasneem alwany a.k.a kakak @ anim

anak sedaraku yang kedua, Zubair Baihaqy. dia ni kanak-kanak yang unik sikit. gemar bermain dengan imaginasi dan sangatlah sukakan haiwan. pernah ditanya apa cita-cita dia, dia cakap nak jadi penjaga zoo atau doktor haiwan. orangnya sangat berterus terang dan tidak reti jaga perasaan orang. haha.

zubair baihaqy a.k.a bai
anak sedaraku yang ketiga pula, namanya Nazheer Ahmed. orangnya macam abah and adik lelakiku. kalau wat keje rumah, confirm kejap je dia buat. minatnya lebih kepada kereta and dalam usia 7 tahun, dia dah boleh bezakan kereta. nampaknya memang ikut perangai adik aku la dia ni. pernah dia tanya umi dia bila boleh amik lesen kereta. :)

nazheer ahmed a.k.a nazir


ini pulak anak sedarku yang keempat dan merupakan anak bongsu k.long aku. namanya Muaz Fayyadh. umur dia 4 tahun tapi dia selalu cakap kat orang yang dia ni 5 tahun. aku panggil dia si hensem. hehe. orangnya sangatlah pandai nak mengelak daripada kena wat keje. kalau umi dia suruh, dia wat kejap lepas tu cakap muaz penatlah. lepas tu kalau abah dia suruh kemas umah, confirm dia lari naik atas awal-awal. budak kecik yang kecik-kecik dah pandai mengelat..

muaz fayyadh a.k.a muaz

anak kakak aku num 3, Qysteena Adnyn. dia umur 3 tahun, tinggal kat dungun. and disebabkan dia dijaga oleh pengasuh dia, dialek terengganu tu memang dah biasa diucapkannya. paling biasa, "x mboh". dia ni cepat terpengaruh dengan cerita yang ditontonnya. contohnya cerita hantu kak limah, selamba je dia cakap kat umi dia, "kita bako je umi, bako je..." siap dengan tangan ala-ala usop wilcha. orangnya x suke belajar sebab bila suruh belajar je, macam-macam alasan dia bagi. penatlah, nak mandi dulu la... macam-macam si kecil ni.. :)

anak sedaraku yang paling kecil, umurnya 2 tahun. nama dia Qaisarah Husna. alkisah nama dia ni, abah aku suke nama qaisarah, atuk dia sebelah sana pulak nak nama husna. last2 parents dia letak la Qaisarah Husna, maksudnya permaisuri kebaikan. sekarang ni orang panggil dia yayah sebab sepupu dia, si adnyn tu yang mula2 panggil dia yayah. lekat sampai sekarang la. orangnya walaupun kecil, nakal la tersangat. sampai dibulinya sepupu yang lain. aku pun kena buli jugak...ish3. tapi x kesahlah, sebab dia comel.. :)

Qaisarah Husna a.k.a yayah dan Qysteena Adnyn a.k.a nenin



sekarang ni tengah menunggu kelahiran anak saudaraku yang ketujuh, adik kepada nenin. due kakak aku dijangka akhir bulan 9 and aku harap tak sama dengan tarikh aku konvo. sebabnya masa aku nak masuk u dulu, akak aku num 3 tu melahirkan si adnyn. makanya aku pergi mendaftar dengan naik bas dan ditemani oleh kakak aku yang kedua bersama suaminya. so aku harap nanti aku konvo, adiknya x mencari pasal la pulak dengan aku. huhu... sekian.

0 comments:

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...