dalam hidup ini, kita akan menemui beberapa hal yang memerlukan kita untuk membuat keputusan yang tepat. kadang-kadang tepat itu bermakna tidak melukakan hati orang lain, kadang-kadang juga tepat itu bermaksud memilih jalan kita sendiri yang kita ingini. tepat itu bergantung kepada keadaan dan situasi seseorang.
beberapa tahun lalu pernah juga aku mengalami perkara ini, beberapa kali. dan seingat aku ada dua perkara yang amat memerlukan kepada kedegilan dan keegoanku. pertamanya apabila terlibat dengan beberapa orang yang kurasakan ingin kujauhi. dan keduanya melibatkan minat dan keinginanku. melakukan sesuatu yang di luar kebaikan hati, demi untuk diri sendiri...itu yang pernah aku lakukan. dan sekarang kalau ditanyakan, tidak pernah pula aku menyesal tentang keduanya.
ada banyak hal yang diceritakan kepadaku, oleh kenalan-kenalanku. tersenyum juga bila mendengar. yelah, kerana kelembutan dan kebaikan yang ada, sanggup pula berkorban demi orang lain. pengorbanan itu tidak salah, cumanya kalau pengorbanan itu akhirnya menyebabkan kita menyesal...itulah yang tidak betulnya. fikir semasak-masaknya dengan apa yang kita inginkan dan apa yang akan berlaku kalau kita menurut kata hati. sekali-sekala, perlu juga kita pentingkan diri sendiri kerana sifat itu mungkin akan menyebabkan kelukaan di awalnya, tapi manis di akhirnya. paling penting, kita perlu istikharah memohon petunjuk daripada Allah.
p/s: masih berfikir tentang beberapa perkara...(^_^)
"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."
[Al-Maidah : 7]
Tuesday, July 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nun di sana...
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar esok kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana Tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibar kalau mahu sedar
Di sana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk ke sana
Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatillah Dia minta ampun pada-Nya
Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia
Nun di sana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal...
0 comments:
Post a Comment