"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Wednesday, July 13, 2011

membebel

baru peroleh gred akhir, yang akan selamanya kekal dalam transkrip aku nanti.
2 bulan seterusnya bakal dilalui dengan hidupku di rumah sahaja.
menjaga anak-anak kakak2ku, menolong bonda dan membersih rumah, itu rutin harian.
kesemua ini kadang-kadang membuatkan aku terfikir bagaimana susahnya kedua orang tua menjaga anak-anak.
kepenatan dan keletihan pastinya membelenggu hari-hari mereka. tapi, mereka tetap membesarkan kita semua.
namun ramai juga yang tidak mengerti tentang ini, yang menjadi si tanggang moden, ataupun penderhaka terkenal.
bercerita soal itu yang pastinya berakar umbi daripada diri sendiri yang merasakan diri mereka akan hidup selama-lamanya. mengapa tidak, kerana semua itu membuatkan mereka terlupa tentang akhirat sana.
cerita tentang pengorbanan dan jasa, yang mungkin secara zahirnya tidak nampak.

cerita tentang hidupku. mahu merealitikan impianku yang terpendam lama, bahkan sudah berpeluang. cuma kebatasan beberapa perkara menghalangnya. kata orang tua-tua, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. bukan kutidak mahu, cuma dalam beberapa keadaan, perkara lain perlu kuutamakan. rumit bukan kalau menjalani hidup sebegini selamanya. sampai bila pun takkan pernah jadi kenyataan.

0 comments:

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...