apabila melihat orang di sekeliling kita yang cantik, terasa diri sangatlah kurang di sana sini berbanding dengannya.
apabila melihat orang yang kaya dan bermewah-mewahan yang pakai baju dan barang-barang branded, kasut cantik2, handphone yang selalu the latest, terasa ingin memiliki semua itu.
apabila melihat mereka yang pandai dan selalu mendapat keputusan cemerlang, anugerah daripada pelbagai pihak, terasa diri bodoh pula.
apabila melihat orang yang memiliki kemahiran tertentu yang kita tak miliki mungkin yang pandai memasak, buat kek, design baju etc, terasa ingin pelajari semua itu, ingin menjadi seperti dirinya.
Allah telah jadikan seseorang manusia itu sebaik-baik kejadian. kalau dianggap diri ini hodoh, bererti menganggap ciptaan Allah yang Maha Kuasa itu hodoh juga.
semua kemewahan hidup ini dan harta-benda tidak akan dapat dibawa hingga ke liang lahad bahkan tidak dapat membantu walaupun sedikit di akhirat sana.
kepandaian dan kepintaran yang dimiliki jika tidak dikongsi ilmunya, bahkan bermegah dan kedekut pula, tidak akan membawa apa-apa manfaat sebaliknya boleh menimbulkan riak dalam hati. dan riak itu adalah syirik.
setiap seseorang punyai kemahiran dan kelebihan tersendiri yang telah Allah jadikan buatnya, kalau setiap orang punyai kemahiran atau kelebihan yang sama, pastilah hidup ini tidak menceriakan.
oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita. kerana syukur seseorang hamba, akan menambahkan lagi nikmat Allah kepadaNya.
syukurlah kita masih dapat hidup sehingga ke saat ini dan masih boleh menambahkan amal ibadat kita, berbanding dengan insan-insan yang sebaya yang telah kembali ke sisiNya. syukurlah kita dapat melihat, mendengar, berbicara, dapat makan dan minum. pendeknya, syukurlah di atas segala nikmat dan kurniaan Allah kepada kita. setiap nikmat dan kurniaan Allah akan ditanya dan dihisab, justeru bersyukurlah. ucaplah Alhamdulillah...bukannya payah pun. (^_^)
p/s: sangat suka kalau orang-orang yang telah Allah anugerahkan dengan kecantikan sementara di dunia ini dapat menutup aurat mereka dengan sempurna, bukan ditayang-tayang untuk tontonan awam. kerana nikmat kecantikan itu kiranya dapat dipelihara dengan baik, akan mengundang kerahmatan Allah buatnya tetapi jikalau didedahkan hatta seurat rambut bakal menempah azabNya, nauzubillah...


Post a Comment