"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

Friday, August 19, 2011

Lailatul Qadr

ramadhan bakal berakhir tak lama lagi. hanya tinggal seminggu lebih saja lagi. malam ini pula akan bermula sepuluh malam terakhir yang mana malam ini dijanjikan pembebasan daripada api neraka dan juga adanya anugerah Lailatul Qadr untuk umat nabi Muhammad SAW. Lailatul Qadr adalah satu malam yang jika seseorang hamba dapat beribadah pada malamnya, lebih baik baginya daripada 1000 bulan. cubalah dikira berapakah 1000 bulan itu... 

1 tahun = 12 bulan
1000 bulan = 83 tahun lebih.

adakah kita umat akhir zaman yang mempunyai umur pendek-pendek ini dapat beribadat selama 83 tahun tanpa henti? bahkan adakah amalan yang telah kita lakukan selama 83 tahun itu akan diterima oleh Allah SWT? justeru, inilah peluangnya untuk kita merebut Lailatul Qadr. diceritakan bahawa antara sebab dianugerahkan malam tersebut kepada umat Nabi Muhammad SAW adalah kerana para sahabat merasa cemburu dengan umur umat-umat terdahulu yang panjang, yang beratus-ratus tahun lamanya. disebabkan umur yang panjang tersebut, amalan mereka pastinya lebih banyak berbanding para sahabat. oleh hal yang demikian, Allah SWT telah menganugerahkan malam tersebut kepada umat baginda SAW. sifat para sahabat itu tidak sama dengan sifat umat kini. bagi mereka, umur yang panjang adalah satu anugerah untuk mereka lebih banyakkan ibadat. sedangkan umat kini, selagi bernyawa dan sihat, selagi itulah maksiat dan dosa akan terus dilakukan kerana memikirkan akan dapat bertaubat apabila tua nanti. nauzubillah... sedangkan ajal dan maut itu akan terjadi kepada sesiapa tidak kira dalam apa jua keadaan dan juga umurnya.

berbalik kepada Lailatul Qadr, seseorang pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang paling afdhal dilakukanya sekiranya dia mendapati malam itu adalah Lailatul Qadr. lantas baginda menjawab bahawa berdoalah sebanyak-banyaknya kerana pada malam itu, setiap doa yang dipohon, pasti akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Lailatul Qadr adalah satu malam yang dirahsiakan daripada pengetahuan hamba-hambaNya. hanya golongan yang sentiasa berjaga malam demi mendapatkannya akan memperolehinya. pada asalnya Rasulullah SAW keluar pada suatu hari dan pergi ke masjid untuk bertemu dengan para sahabat demi memaklumkan Lailatul Qadr. apabila tiba di situ, baginda mendapati ada dua orang sedang berkelahi. lantas baginda bersabda bahawa kedatangan baginda SAW adalah untuk memaklumkan tentang Lailatul Qadr tetapi disebabkan ada yang berkelahi, maka penentuan mengenai malam tersebut telah diangkat. baginda SAW kemudiannya menyuruh mereka mencarinya pada sepuluh malam terakhir ramadhan. mengikut ulama', terdapat beberapa hikmah tidak dinyatakan Lailatul Qadr tersebut. pertamanya kerana jika orang sudah terlepas Lailatul Qadr, pastinya dia akan berputus asa dan tidak akan bangun malam untuk beribadat lagi. keduanya jika sudah ditentukan Lailatul Qadr tersebut, nescaya celakalah bagi orang yang bermaksiat kerana telah melakukan dosa pada malam yang penuh barakah sedangkan mereka tahu tentang malam tersebut. ada beberapa hikmah lagi kenapa penentuan Lailatul Qadr tidak dinyatakan.

namun begitu, bagi orang yang benar-benar ingin mendapatkan Lailatul Qadr, berjaga hanya untuk sepuluh malam bukanlah sesuatu yang susah demi mendapatkan ganjaran untuk 1000 malam. pada sepuluh malam terakhir ini, adalah lebih afdhal bagi orang-orang lelaki untuk keluar dan beriktikaf di masjid. 

wallahua'lam...

0 comments:

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...