ingatlah

"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

lupa

lupa dan pelupa. itu sesuatu yang ada padaku yang aku sedari sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
lupa pada orang yang pernah aku kenali dan juga lupa pada kenangan-kenangan.

entah kenapa senang benar untuk aku melupakan semua itu. kadang-kadang nama kuingati, tapi rupa kulupai. atau sebaliknya.
kalau diminta aku mengingati semua nama-nama rakan sekelasku sejak aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi...mungkin aku tidak dapat. cuma teman yang rapat sahaja aku ingati. dan tentang kenangan...begitu sukar untuk mengingatinya.
tapi, aku bersyukur juga kerana dengan sifatku yang begitu, mudah pula aku lupakan apa orang lakukan padaku. ada juga hikmahnya aku begini.
episod hidupku di varsiti, semakin lama semakin kabur dalam ingatan...malang sekali aku tidak suka menulis diari. hmmm....

Tuesday, August 2, 2011

tentang aku

My Photo
setiap orang punyai rahsia..

sejarah tinta

Lilypie Angel and Memorial tickers

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...