ingatlah

"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."

[Al-Maidah : 7]

sesuatu dalam hati

sesuatu dalam hati, kuch kuch hota hai...

alhamdulillah kerana dengan izin dan rahmatNya, Allah telah pilih aku menjadi salah seorang daripada mereka. bersama selama 3 hari 3 malam belum cukup mengajar dan mendidik aku menjadi seorang muslimah yang sempurna. namun begitu, tetap juga aku bersyukur kerana aku telah dipilih untuk bersama-sama dengan mereka. jika sebelum ini aku hanya mendengar cerita-cerita itu daripada orang-orang, tapi beberapa hari lepas sempat aku merasainya sendiri.

keluar 3 hari jemaah masturat di kampung bendang pauh, kelantan bersama-sama 4 orang wanita yang lagi tua daripadaku termasuk bonda tersayang. mulanya terasa malas mahu pergi, kerana kata orang...home sweet home. di rumah kita sendiri kita akan lebih selesa dan gembira. hati berbelah bagi. mahu pergi dan tidak mahu pergi. saat itu yang mampu aku lakukan untuk memujuk hatiku adalah dengan berdoa kepada Allah SWT sahaja kerana hanya Dia yang mampu membolak-balikkan hati. alhamdulillah, Allah beri keizinan buatku.

sepanjang waktu keluar, terasa sesuatu dalam hati. sesuatu yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. perasaan gembira, sedih, sayu, tenang dan hiba bercampur-baur. suasana yang cukup tenang dan bahagia dirasakan ketika bersama-sama mereka. setiap masa ada sahaja yang mengingatkan diriku tentang Allah SWT dan kekuasaanNya. sedih juga bila memikirkan diriku yang banyak berdosa dan sering melakukan kesilapan. pendek kata, bermacam-macam perasaan ada dalam diriku ketika berada di sana. jujur kukatakan, perasaan sebegini tidak sama dan tidak dirasai ketika 3 tahun dulu...amat berbeza sekali.

usaha dakwah ini ramai yang pandang serong. bahkan ramai yang meremeh-remehkan, tapi tidak ramai yang sedar bahawa inilah sunnah dan cara Nabi Muhammad SAW menyampaikan dakwah baginda. biarlah ramai yang ingin merendah-rendahkan usaha ini tetapi hakikat yang sebenar dirasai dan dilalui sendiri oleh orang-orang yang mengikutinya. bahkan aku ketika mendengar pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh mereka yang sudah membuat usaha ini bertahun-tahun merasakan begitu kagum akan kebesaran Allah SWT. di dunia ini lagi telah Allah tunjukkan kebesaranNya buat mereka, apatah lagi di akhirat sana. mungkin akan kukongsikan pengalaman-pengalaman itu dalam coretanku lain kali.

"ya Allah, pilihlah aku untuk terus berada dalam usaha dakwah ini sehingga ke akhir hayatku..." amin ya Rabb.

Monday, August 15, 2011

tentang aku

My Photo
setiap orang punyai rahsia..

sejarah tinta

Lilypie Angel and Memorial tickers

nun di sana...

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur'an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana Tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah i'tibar kalau mahu sedar Di sana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk ke sana Ayuh bersegeralah menuju Allah Taatillah Dia minta ampun pada-Nya Mati bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia Nun di sana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal...