kita tidak boleh mengharapkan semua orang akan suka kepada kita, atau kita suka kepada semua orang kerana kita punyai hati dan perasaan. seringkali hati dan perasaan memainkan peranan kepada minda dan hati kita. mungkin kita akan bertemu dengan seseorang yang amat membenci kita, membenci kita dengan sekadarnya, atau tidak menyukai kita. bahkan juga mungkin kita akan bertemu dengan seseorang yang amat menyayangi kita, sanggup berkorban apa sahaja untuk kita. kalau kita baca dan teliti kembali perjalanan hidup para Nabi a.s hatta Nabi Muhammad SAW pun, baginda SAW tidak disukai oleh para musyrikin dan kafirin. inikan pula kita yang serba kekurangan.
kalau kita bertemu dengan orang yang suka kepada kita, maka tidaklah menjadi masalah kepada kita dalam menjalankan silaturrahim. tetapi kalau kita bertemu dengan orang yang tidak suka kepada kita, bagaimana pula? sesetengah orang mampu mengendalikannya dengan baik, sesetengah orang tidak pula. yang tidak, mungkin sehingga terbawa-bawa hingga kehidupan seharian dan memberikan tekanan kepadanya. mungkin cara terbaik adalah bertemu dengan orang yang membenci kita dan dapatkan kepastian hingga ke akar umbi sebab dia membenci. usahakanlah untuk menjernihkan silaturrahim itu. tetapi ada kalanya juga, orang itu sampaikan tidak mahu bertemu dengan kita. apa yang boleh dilakukan adalah "buat dek je" dengan perangainya dan pandanglah kebaikan dia walaupun dia hanya punyai satu kebaikan. mungkin juga teori "ade aku kesah" perlu dipraktikkan sekiranya dia sering memburukkan dan membenci kita.
kalau kita bertemu dengan orang yang kita benci, bagaimana pula? mudah saja,
"sayangilah dan bencilah seseorang kerana Allah SWT"
"sayangilah seseorang sekadar sahaja kerana mungkin kelak dia akan berjauhan atau membencimu pula. bencilah seseorang sekadar sahaja kerana mungkin kelak dia akan menjadi orang yang paling disukai oleh kamu"
p/s: suka duka hidup ini silih berganti, sering dilakonkan oleh watak yang pelbagai untuk membuat kita tertawa dan menangis... (^_^)
0 comments:
Post a Comment