selamat tahun baru...harap tidak terlambat untuk mengucapkannya. hari sentiasa berlalu hinggakan tahun baru tidak terasa kehadirannya. sebentar tadi pun masih tertulis '2011'. :)
update reminder for this month:
besday mila - 15 januari
besday ann - 26 januari
both of them will not be with me during that date and i guess we can celebrate your birthday later..
still hv prob wif my study. agak tension and stress but that's the rule in studying. you can learn and gain better through experiences...
rindunya dengan budak2 kat rumah...mlm ni aku blik umah, so bleh la jmpe diorg. but, for sure...
kakak - request utk main game and willingly spend the night at her grandma house juz for playing the game
zubair - request for jurassic park, again and again.
nazheer - request to download the game for him like i did before, download the angry bird.
muaz - do not know how to play the game and using the handphone but still eagerly want all those...
adnyn - may I able meet her this weekend?
yayah - choc again? surely can win her heart wif chocolate and I have to answer all her question like diz...
yayah : mane kete abah?
aku : kat umah kat rawang
yayah : rawang kat mane?
aku : kat selangor
yayah : selangor kat mane?
aku : kat malaysia
yayah : malaysia kat mane?
aku : kat asia
yayah : asia kat mane?
aku : kat dunia
yayah : dunia kat mane?
aku : [silent]
memang macam iklan "itu burung ape?"
lastly,
aqeel - lil boy in our fmily...hope to meet him again..
semoga perjalanan malam ini dipeliharaNya dan diselamatkan hingga ke destinasi...amin...:)
ingatlah
"dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada..."
[Al-Maidah : 7]
new year
Tuesday, January 10, 2012 Leave a comment
bila kita dewasa...
saat demi saat, umur makin bertambah. dari bayi menjadi kanak-kanak, kanak-kanak menjadi remaja, remaja menjadi dewasa dan dewasa menjadi tua. kitaran hidup yang bakal dilalui oleh manusia sepanjang hayatnya.
bila kita dewasa,
banyak perkara perlu difikirkan.
banyak orang perlu ditemui.
banyak topik perlu dibualkan.
banyak masalah perlu diselesaikan.
banyak segala-galanya...
kata tok guru aku, "hidup ini menyelesaikan masalah..."
hmm...
menjadi dewasa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kerana banyak tanggungjawab.
tapi menjadi dewasa itu mengajar kita banyak perkara, agar kita lebih matang dan memahami maksud hidup serta tujuan penciptaan kita.
menjadi kanak-kanak itu menggembirakan kerana hidup hanya dipenuhi dengan aktiviti bermain. itu lumrah.
justeru, seseorang yang suka bermain-main itu masih kanak-kanak?
mungkin ya, bagiku kadang-kala begitu.
dewasa
seawal mata melihat dunia
ketika kaki memulakan langkah pertama
semuanya bermula
melalui dewasa
untuk memahami erti nyawa.
Wednesday, December 14, 2011 Leave a comment
raya seperti biasa
raya haji, seperti biasa, seperti tahun-tahun sebelumnya. tetap meriah dan adik-beradik kumpul bersama. walaupun tak cukup semua, tapi meriah itu tetap rasa dan keramaian itu tetap ada.
tahun ini, semua kakak dan abang ipar aku beraya di rumah mak dan abah. kecuali kakak aku no.4 yang beraya di Klang, umah mertuanya. malam ini semua ada dan acara bbq akan dijalankan. seperti biasa, kalau semua kakak dan abang ipar ada, kami akan berbbq. sebab rumah mak dan abah adalah 'kampung' bagi kakak-kakakku. nenek dan datuk sebelah abah sudah tiada, sebelah mak pulak, tinggal tok (nenek) je. jadi boleh dikatakan kami saban tahun berkumpul di rumah mak dan abah. kecuali bagi raya aidlifitri, pulang ke kedah seperti biasa.
kehidupan keluargaku yang meriah dan sentiasa bising. hinggakan kalau raya begini, kawasan kejirananku sunyi, hanya rumah mak dan abah je yang meriah. penuh dengan cucu-cucu dan kereta bagai. walaupun hanya mempunyai 7 orang anak buah, namun terasa gegeynye sebab semua anak buah aku bising-bising. riuh-rendah jadinya. kemeriahan ini memang menjadikan kami sekeluarga tidak kisah sangat kalau tidak rapat dengan ibu dan bapa saudara. sebabnya mereka pun jauh, dan jarang sekali pulang ke kelantan.
orang kata kalau anak ramai, menyusahkan. tidaklah. tak macam tu pun. bahkan kalau adik-beradik ramai, seolah-olah hidup ini tidak pernah keseorangan. ada saja ragam dan perangai yang berbeza. tambahan pula kepakaran adik-beradik yang berlainan dan berbeza jadi seperti melengkapi. rumah mak dan abah pula sentiasa dikunjungi dan ada saja tetamu. ah, suasana 'pulang ke kampung' yang berbeza sedikit sebab rumah mak abah ini letaknya di bandar. tiada rumah papan atau kayu, tiada kelambu, tiada air telaga atau perigi. suasana 'kekampungan' yang kami tidak pernah rasai tetapi kemeriahan itu tetap ada.
raya seperti biasa, esok. penuh meriah dan riuh-rendah. sangat ceria.
Saturday, November 5, 2011 Leave a comment
the gift of time
sekiranya anda tahu anda hanya mempunyai sehari lagi untuk hidup, apa yang akan anda lakukan? dan sekiranya anda tidak tahu bahawa esok anda perlu meninggalkan dunia ini, apa yang akan berlaku?
manusia sering lupa dan alpa. kegembiraan, kesihatan, kesenangan hidup, senyuman orang yang tersayang, ibu, bapa, kakak, abang, adik, kawan, guru, jiran, bayi kecil...semuanya terlupa. terlupa bahawa dia mempunyai semua itu. kalau bukan darah dagingnya sekali pun, pasti punyainya juga. kesibukan dan keseronokan dunia sendiri menyebabkan dia lupa akan orang lain. seolah-olah hidupnya hanya untuk dirinya, kerana dirinya.
sedangkan dia lupa kepada ibu dan ayah sering mendoakannya setiap malam. juga lupa kepada adik-beradiknya yang sering mengingatinya. dan lupa kepada kawan yang sentiasa bersamanya di setiap duka dan suka. lupa juga kepada jiran yang sering menegur dan bertanya khabar, kepada guru yang sering membimbingnya, kepada anak kecil yang pernah dia lihat ketika membeli-belah...
dan sekiranya detik terakhirnya makin menghampir, mungkinkah dia mengetahui? sedangkan ajal dan maut itu rahsia besar milik Tuhannya. kalau dia tidak tahu, apakah mungkin dia akan menghargai setiap saat dan masa yang ada dan memenuhinya dengan sejuta kegembiraan supaya akhir nanti dia tidak menyesal? dan kalau dia tahu, mungkin kerana penyakit yang ada padanya, apakah dia akan berterima kasih dan menyatakan kasih sayangnya kepada orang di sekelilingnya?
kadang-kadang manusia ini kerana terlalu 'sibuk' dengan urusannya, maka dia melupakan keluarganya, bahkan rakannya. lupa untuk bertanya khabar, lupa untuk mengambil berat, lupa untuk menyatakan betapa dia sayang kepadanya. sehingga perkara ini akan menyebabkan dia menyesal hingga ke akhirnya kalau dia mengetahui nafasnya akan terhenti.
mungkinkah ada hadiah masa untuk orang yang sebegini? the gift of time for the people who really need it so that he can fix what is wrong and tell the world that he loves them so much. sungguh bertuah sekiranya hadiah masa itu diberikan kepada seseorang. namun perkara itu tidak selalu berlaku. justeru, hargailah orang di sekeliling anda. katakan kasih dan sayang kepada mereka agar mereka tahu dan agar anda tidak menyesal. appreciate what people have done to you, instead of keep asking, be the one who giving.
Friday, October 21, 2011 Leave a comment
sketsa hidupnya...
tik tik tik...jarum jam bergerak lagi. masa makin bergerak pantas dirasakan. suasana hening terasa begitu membebankan, dan menyuramkan hidupnya. eh, tidak! hidupnya tidak suram...tidak pernah. sentiasa dihujani dengan gelak tawa, wanita, duit, dan segalanya. sebut sahaja, pasti dia dapat. tidak kira di mana bendanya, pasti akan dia dapat. juga tidak kira perempuan mana, isteri orangkah, anak orangkah, apa dia peduli. nafsu serakah sudah tentu dipenuhi jika dia meminta. nah, tidak pernah sunyi kan hidupnya?
tapi entah kenapa hatinya sentiasa gelisah, gundah, risau. seperti dicarik-carik, dan seperti tidak henti orang mengetuk-ngetuk hatinya. tidak pernah jemu mengacau hatinya membuatkan dia juga turut terganggu. mahu disebut sesal, terasa lidah tidak mahu menggerakkan perkataan itu di bibirnya. tapi sesal dengan apa? bukankah segala kemewahan hidup telah dirasainya? bukankah dialah yang paling berpengaruh di kota ini? segala titik peluhnya, biarpun sentiasa disulami kehitaman, membuahkan hasil sebegini untuknya. isterinya dipuji-puji sebagai wanita prihatin dan aktif bergerak untuk komuniti wanita. anak-anaknya dipuji melangit sebagai anak contoh, berpelajaran dan mentaati ibubapa. biarpun ijazah itu dibeli daripada ketamakan dan ketidakupayaan untuk menolak orang-orang universiti anaknya. biarpun isterinya menyuntik botox dan berjumpa bomoh setiap hari, dan kebajikan itu hanya pada nama. namun dia tetap kembang bila dipuji dan orang yang memuji pasti mendapat habuan. orang melihat dia sebagai insan berjaya tetapi dia tidak, jauh di sudut hatinya.
dia bangkit daripada kerusinya, menuju ke arah jendela. memerhatikan daun-daun yang berguguran. kelak dia pun akan begitu. gugur dan rebah ke bumi. tapi hidupnya perlu diteruskan. kalau mahu berpaling, mungkin sudah terlambat. sebenarnya belum terlambat tetapi keegoaan dan ketamakannya tidak pernah meninggalkan hidupnya. kalau dia berpaling, segala hartanya pasti hilang, isterinya tidak lagi akan cantik seperti biasa biarpun kecantikannya bukan untuknya seorang bahkan dikongsi dengan anak-anak ikan keliling pinggang. tapi dia tidak cemburu kerana dia juga begitu. itu hidup mereka berdua. kalau dia berpaling juga, anak-anaknya pasti kehilangan jawatan yang disandang sekarang ini. dia tidak boleh berpaling dan berundur. dia mengeluh lagi.
esok sketsa lakonannya tetap akan diteruskan seperti biasa. dia akan berbicara yang bohong-bohong dan mengeluarkan buah ungkapan tiada makna untuk rakyat kota itu. apa dia peduli, asalkan harta dan pangkat masih miliknya. ini hidupnya sebagai ahli politik dan dia perlu politikkan hidupnya.
Thursday, October 20, 2011 Leave a comment
tentang aku
yang tertulis
sejarah tinta
-
►
2011
(61)
-
►
April
(25)
- life goes on...
- can you just stop?
- tidak seperti dulu
- rekaan bentuk rumah~ unik!
- gamsahabnida
- Queen of My Heart~8
- Queen of My Heart~7
- Queen of My Heart~prolog
- amazing bookstores...
- Queen of My Heart~6
- Queen of My Heart~5
- Queen of My Heart~4
- kita kawankah?
- sifoo...
- Queen of My Heart~3
- exam mode~
- Queen of My Heart~2
- Queen of My Heart~1
- cooking!
- 1,2,3...action!
- interview ~
- masalahkah?
- seloka nenek
- no komen.... :P
- novel~
-
►
April
(25)


